CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, April 25, 2009

Saya tinggal di kawasan Khatulistiwa

Kalau orang tanya saya, musim apa paling saya suka, saya akan jawab musim buah, pastu pk balik, musim cuti kot, pastu fikir balik, musim scholarship masih banyak kot. Tapi, kalau org tanya, musim apa yg saya xsuka, saya dengan penuh confident akan jawab..... MUSIM EXAM!! (allergic bah)

Exam oh exam!!! Buat pengetahuan semua, cuaca di kawasan Petaling Jaya sekarang adalah sangat panas. Barangkali boleh membunuh. Berangin, tapi kering..Kering sekering wallet saya.

Masa nak exam ni la pulak, macam2 yang boleh terjadi. Lately, saya selalu misplaced barang2 saya. Mana saya letak, mesti saya lupe dan perlu bising2 tanya kat roomate kat mana saya letak barang saya. Hampir rasa nak nangis bile tak jumpa short notes Strategic Management hari tu. Padahal, sendri salah letak. Haishh..

Sebut pasal Strategic Management (SM), I totally sucked at the paper. 2 hours dibazirkan dgn tidak produktif langsung. Tengok org depan. Ada 2 org Chinese. Yang sebelah kiri, tulis key point jawapan besar kat kertas soklan. Yang sebelah kanan, baca jawapan tu bila si Kiri tunjuk jawapan. Masa tu, betul2 berharap tetibe mata ni jadi macam mata Superman ke. Gaya dia tulis jawapan, saya tahu dia tulis "9 elements of mission statements". Kenapalah xtergerak hati nak hafal menda tu. Haishh...

Motivasi terus jatuh lepas habis paper SM. Rasa nak gaduh dengan org pn ada. Rasa nak nangis pn ada. Tp, salah sendiri kan? Sapa suruh slalu ponteng kelas and xstudy betol2. Nak mengadu kat org, org bz. Nak ngadu dengan mak? Confirm dapat ceramah yang sgt panjang lebar. 3 hari 2 malam pun belom tentu habis..hahaha

Tidur pun semakin banyak sekarang ni. Yang xbestnye, cuaca panas, mesti berpeluh masa tido. Bayangkan, baca notes setengah jam, tido 2 jam. Pastu baca balik sikit, pastu tido balik. Alarm kat hp dah xberguna dah. Jari2 ni macam tau2 je butang mana nak tekan utk tutup alarm tanpa bukak mata. Automatic. Cool kan jari2 saya??? Kalo Zaf, Nadine and Yani gerak pn xbgn. Tapi Zaf makin ganas (dia harus jadi ganas) bila gerak saya. Ada this one time, dia gi sentap bantal yg kat kepala. Memang efisyen..terus terjaga. Baca notes sorang memang boring, nasib baik Baby Romeo selalu baca sekali..hahaha

Makanan kat DS pulak, asyik2 nasi goreng. Sangat xmenjaga kebajikan penduduk. Nasib baik ada rakan2 yang sgt pemurah + generous + ikhlas +++ hahaha.. (will pay u guys back next sem). Hari tu, saya ada nitemare. Semua penduduk bumi perlu tinggalkan bumi. Sume kene evacuate. Rumah saya semua kosong. Semua bawak keperluan asas je, yg lain kene tinggal. Keadaan sangat tegang. Suasana sgt menakutkan. But the funny part is, sume org berpindah ke planet lain dengan menaiki MAS dan AIR ASIA. Ini semua gara2 saya telah mengusha Nadine semasa dia tgk website MAS and Air Asia utk balik Miri sebelum saya pejamkan mata..Semua jalan nak ke KLIA dan LCCT jem teruk. Ada byk sgt kereta. Macam dalam cite Doomsday pulak mimpi tu. Tp mmg seram. Ada ke gi planet lain naik Air Asia??? lawak!!!

Pas exam Business Ethics td, memang dah xmo study dah. Next paper 29 April.. lambat lg kot. Tapi duduk dalam bilik, xtau nak buat apa. So, saya hanya tengok siling dan kipas yg berpusing2 selama sejam setengah. I just stare at the ceiling sambil peluk bantal dan senyap. (Yani and Zaf kuar)Nak kata menunggu, tunggu apa? Nak kata berfikir, kepala kosong. Akhirnya Nadine bersuara "Jom order Dominos". Kemudian, baru saya bangun. Kami makan bersama sambil menonton Corpse Bride dan Mean Girls....

2 comments:

Mohd Nur Ikhmal B. Salehmin said...

kesimpulannya..lain kali tak yah pasang alarm..

Z a F said...

nadia bdk kechink~
kamu di-tag-ged